A.BAHAN SASTERA
Pantun Nasihat
Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati
Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa
Air melurut ke tepian mandi
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk
Daun sirih ulam Cik Da
Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
Biar merunduk resmi padi
Buah pelaga makan dikikir
Dibawa orang dari hulu
Sebarang kerja hendak difikir
Supaya jangan mendapat malu
Kemumu di tengah pekan
Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan
Bagai pohon tidak berbuah
Tumbuh melata si pokok tebu
Pergi pasar membeli daging
Banyak harta tak ada ilmu
Bagai rumah tidak berdinding
Tulis surat di dalam gelap
Ayatnya banyak yang tidak kena
Jagalah diri jangan tersilap
Jikalau silap awak yang bencana
Hendak belayar ke Teluk Betong
Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat
Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu
Lagu bernama serampang laut
Ditiup angin dari Selatan
Layar dikembang kemudi dipaut
Kalau tak laju binasa badan
Padi segemal kepuk di hulu
Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan.
Budak-budak berkejar-kejar
Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya
Jangan pergi mandi di lombong
Emak dan kakak sedang mencuci
Jangan suka bercakap bohong
Semua kawan akan membenci
Buah cempedak bentuknya bujur
Sangat disukai oleh semua
Jika kita bersikap jujur
Hidup kita dipandang mulia
Jikalau tuan mengangkat peti
Tolong masukkan segala barang
Jikalau anak-anak bersatu hati
Kerja yang susah menjadi senang
Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya
Kayu bakar dibuat arang
Arang dibakar memanaskan diri
Jangan mudah menyalahkan orang
Cermin muka lihat sendiri
Selasih tumbuh di tepi telaga
Selasih dimakan si anak kuda
Kasih ibu membaa ke syurga
Kasih saudara masa berada
Masuk hutan pakai sepatu
Takut kena gigitan pacat
Kalau kita selalu bersatu
Apa kerja mudah dibuat
Bandar baru Seberang Perai
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan tulang berkecai
Budi yang baik dikenang juga
Encik Dollah pergi ka Jambi
Pergi pagi kembali petang
Kalau Tuhan hendak membagi
Pintu berkancing rezeki datang
Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak
Pinang muda dibelah dua
Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan diubah
Terang bulan di malam sepi
Cahya memancar kepangkal kelapa
Hidup di dunia buatlah bakti
Kepada ibu dan juga bapa
Kapal kecil jangan dibelok
Kalau dibelok patah tiangnya
Budak kecil jangan di peluk
Kalau dipeluk patah tulangnya
Asal kapas menjadi benang
Dari benang dibuat kain
Barang yang lepas jangan dikenang
Sudah menjadi hak orang lain
Tengahari pergi mengail
Dapat seekor ikan tenggiri
Jangan amalkan sikap bakhil
Akan merosak diri sendiri
Kapal Anjiman disangka hantu
Nampak dari Kuala Acheh
Rosak iman kerana nafsu
Rosak hati kerana kasih
Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi darjat kerana bahasa
Anak Siti anak yang manja
Suka berjalan di atas titi
Orang yang malas hendak bekerja
Pasti menyesal satu hari nanti
Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak ditaati
Mana yang dapat jangan dilupa
Parang tajam tidak berhulu
Buat menetak si pokok Ru
Bila belajar tekun selalu
Jangan ingkar nasihat guru
Hari malam gelap-gelita
Pasang lilin jalan ke taman
Sopan santun budaya kita
Jadi kebanggaan zaman berzaman
Pergi berburu sampai ke sempadan
Dapat Kancil badan berjalur
Biar carik baju di badan
Asalkan hati bersih dan jujur
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik di kenang juga
Ramai orang membeli jamu
Di bawah pokok cuaca redup
Bersungguh-sungguh mencari ilmu
Ilmu dicari penyuluh hidup
Apa guna berkain batik
Kalau tidak dengan sucinya?
Apa guna beristeri cantik
Kalau tidak dengan budinya
Berakit-rakit ke hulu
Berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senang kemudian
Buah cempedak diluar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan
Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati
Dalam semak ada duri
Ayam kuning buat sarang
Orang tamak selalu rugi
Macam anjing dengan bayang
Baik-baik mengirai padi
Takut mercik ke muka orang
Biar pandai menjaga diri
Takut nanti diejek orang
Ke hulu membuat pagar
Jangan terpotong batang durian
Cari guru tempat belajar
Supaya jangan sesal kemudian
Mari kita tanam halia
Ambil sedikit buat juadah
Usia muda jangan disia
Nanti tua sesal tak sudah
Padi muda jangan dilurut
Kalau dilurut pecah batang
Hati muda jangan diturut
Kalau diturut salah datang
Cuaca gelap semakin redup
Masakan boleh kembali terang
Budi bahasa amalan hidup
Barulah kekal dihormati orang
Orang Daik memacu kuda
Kuda dipacu deras sekali
Buat baik berpada-pada
Buat jahat jangan sekali
Dayung perahu tuju haluan
Membawa rokok bersama rempah
Kalau ilmu tidak diamalkan
Ibarat pokok tidak berbuah
Kalau kita menebang jati
Biar serpih tumbangnya jangan
Kalau kita mencari ganti
Biar lebih kurang jangan
Pinang muda dibelah dua
Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan diubah
Pantai Mersing kuala Johor
Pantainya bersih sangat mashyur
Pohonkan doa kita bersyukur
Negara kita aman dan makmur
Orang tua patut disegani
Boleh mendapat ajarnasihat
Ular yang bisa tidak begini
Bisa lagi lidah yang jahat
Ramai orang menggali perigi
Ambil buluh lalu diikat
Ilmu dicari tak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat
Tuan Haji memakai jubah
Singgah sembahyang di tepi lorong
Kalau sudah kehendak Allah
Rezeki segenggam jadi sekarung
Patah gading serpih tanduk
Mari diletak di atas papan
Jika tahu ganja itu mabuk
Buat apakah ia dimakan
Anak rusa masuk ke taman
Puas sudah orang memburu
Kalau muda jadikan teman
Kalau tua jadikan guru
Berakit ke hulu dengan bergalah
Buluh pecah terbelahdua
Orang tua jangan dilangkah
Kelak biadap dituduhnya pula
Rusa betina berbelang kaki
Mati terkena jerat sembat
Orang yang muda kita sanjungi
Orang yang tua kita hormat
Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan awak makan
Suruh mengaji awak tak mahu
Adik ke kedai membeli halia
Emak memesan membeli laksa
Jadilah insan berhati mulia
Baik hati berbudi bahasa
Sumber : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2059.0
Pantun ini sesuai digunakan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bagi murid darjah empat.Pantun ini dapat memberikan banyak pengajaran kepada pelajar.
LANGKAH - LANGKAH :
1. Guru memberikan teks pantun kepada murid
2.Murid membaca sambil menghayati pantun yang diberikan oleh guru.
3.Disamping itu, guru mengajar murid tentang penyampaian pantun seperti intonasi pantun dan bentuk -
bentuk pantun.
4.Seterusnya, guru menyuruh murid mendeklamasikan pantun secara individu dihadapan kelas.
5.Setelah itu, guru akan menyuruh murid untuk mencipta pantun mereka sendiri.
VIDEO PANTUN
Video ini sesuai untuk pengajaran bahasa melayu untuk pendedahan pantun kepada murid - murid.
B.BAHAN TATABAHASA
1.Kata bantu ialah kata yang digunakan untuk menerangkan masa sesuatu perbuatan atau ragam yang berkaitan dengan perbuatan.
Contoh
Akan | Belum | Masih |
Telah | Sudah | Harus |
Boleh | Dapat | Hendak |
Mesti |
1. 1. Kereta api dari utara telah sampai.
2. 2. Awak patut menyiapkan tugas ini dengan segara.
3. 3. Adik Rahimah belum tahu berjalan.
4. 4. Ayah dapat menyiapkan tugas ini dengan segera.
5. 5. Encik Borhan hendak pergi memancing esok
2. Perkataan yang digunakan untuk menyatakan banyak atau bilangan sesuatu. Kata bilangan ada tujuh jenis, iaitu:
Jenis Kata Bilangan | contohnya |
kata bilangan tentu | satu, dua, tiga, dan seterusnya |
kata bilangan talk tentu | beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah- setengah, dan sebagainya |
kata bilangan pecahan | suku, setengah, separuh, tiga suku, dan sebagainya |
kata bilangan pisahan | setiap dan tiap-tiap |
kata bilangan himpunan | kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu, berbulan-bulan, ribuan, dan sebagainya |
kata bilangan tingkat | pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya |
kata bilangan tanya | berapa |
3.Kata penegas ialah kata yang digunakan untuk memberikan penekanan atau menegaskan bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat.
Contoh
-kah | -lah | -tah | jua |
Juga | Sahaja | Hanya | Memang |
Lagi | pun |
Contoh
1. Itulah rumah saya.
2. Pernahkah awak makan sup daging arnab.
3. Apatah dayaku untuk menolongnya.
4. Kucing itu dibawa juga ke rumah neneknya.
5. Hanya Kamal yang belum membayar yuran.
6. Dia seorang sahaja yang berbaju Melayu.
Bahan - bahan tatabahasa ini sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu.Ianya dapat memberikan pengetahuan tatabahasa kepada murid.Bahan ini sesuai digunakan untuk langkah satu untuk mempelajari tatabahasa.
LANGKAH - LANGKAH PENGGUNAAN BAHAN
1. Guru memberitahu murid tentang bahan tatabahasa yang dipilih.
2.Murid diminta membina seberapa banyak ayat berdasarkan bahan sama ada kata penegas,kata bilangan dan
sebagainya.
3.Seterusnya guru akan menyuruh murid untuk mencari sendiri bahan tatabahasa yang lain dan disimpan sebgai koleksi di dalam buku skrap bahasa melayu.
LANGKAH - LANGKAH PENGGUNAAN BAHAN
1. Guru memberitahu murid tentang bahan tatabahasa yang dipilih.
2.Murid diminta membina seberapa banyak ayat berdasarkan bahan sama ada kata penegas,kata bilangan dan
sebagainya.
3.Seterusnya guru akan menyuruh murid untuk mencari sendiri bahan tatabahasa yang lain dan disimpan sebgai koleksi di dalam buku skrap bahasa melayu.
C.BAHAN BIDANG ILMU LAIN
(ILMU SAINS)
Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat.
- Di Malaysia, makanan dibahagikan kepada 3 kumpulan mengikut zat-zat penting yang terkandung di dalamnya. Cara ini menyenangkan kita merancang satu hidangan makanan yang seimbang.
- Makanan untuk memberi tenaga
- Makanan yang kaya dengan karbohidrat (kanji) seperti nasi, gandum, ubi-ubi dan gula.
- Makanan yang kaya dengan lemak dan minyak, seperti minyak masak, majerin, mentega dan kacang.
- Makanan untuk membina badan
- Makanan yang kaya dengan protein daripada sumber haiwan (ikan, telur, daging, susu) dan daripada sumber tumbuhan (bijirin seperti nasi, gandum, jagung dan kekacang seperti kacang dhal, kacang hijau dan kacang soya).
- Makanan untuk menjauhkan penyakit
- Makanan yang kaya dengan vitamin dan garam galian, seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Punca utama untuk tenaga di Malaysia ialah nasi, keduanya gandum. Kedua-dua makanan ini kaya dengan karbohidrat dan juga membekalkan sebahagian daripada protein untuk keperluan badan kita. Minyak dalam masakan, santan kelapa dan daging yang berlemak juga merupakan sumber tenaga dalam makanan harian penduduk di sini
- Sumber protein kita ialah daripada ikan, telur, daging, nasi, gandum dan kekacang. Protein daripada sumber tumbuh-tumbuhan kurang dihadamkan daripada protein haiwan dan mempunyai nilai protein yang rendah kerana ia tidak mengandungi beberapa asid amino yang penting. Tetapi campuran beberapa protein tumbuh-tumbuhan dalam satu hidangan boleh menyeimbangkan kandungan asid amino yang penting itu.
- Protein sumber haiwan mengandungi lebih asid amino yang penting. Setengah makanan sumber haiwan boleh membantu dalam penyerapan zat besi ke dalam badan. Oleh itu adalah digalakkan supaya makanan keluarga mengangungi ikan atau tauhu atau daging untuk mendapat zat yang mencukupi. Vitamin dan garam galian didapati daripada sayur-sayuran berdaun hijau dan buah-buahan yang berwarna kuning atau merah. Pada amnya lebih pekat warna daun atau buah-buahan, lebih berzat makanan itu.
SUMBER : http://www.jpapencen.gov.my/komponen_pemakanan.html
Bahan ilmu sains ini sesuai untk aktiviti p&p murid darjah 6 dalam topik pemakanan.
Langkah - langkah penggunaan bahan ;
1. Guru memberikan bahan bercetak kepada murid mengenai makanan berkhasiat.
2. Guru menayangkan video pemakanan sihat kepada murid.
3. Murid diminta membincangkan tentang pemakanan sihat bersama guru.
4. Murid diminta menulis karangan yang bertajuk "Kepentingan Makanan Berkhasiat".